Tuesday, April 20, 2010

Kejohanan Tomoi


Kejohanan Tomoi Antarabangsa telah diadakan di Stadium sultan Muhammed IV,Kota Bharu pada 8,9,10 April 2010. Sambutan yang diterima sungguh di luar dugaan, setiap hari dianggarkan 6000 orang datang menonton.

Tiket yang dikenakan hanya RM12 untuk dewasa dan RM5 kanak-kanak.
Sebelum naik ke gelanggang, biasanya ada sedikit upacara sebelum memijakkan kaki pada mata tangga yang pertama.
Semasa ingin memasuki gelanggang, rasanya peserta perlu melangkah tali gelanggang dan tidak dibenarkan masuk melalui bawah tali.

Setelah berada di dalam gelanggang, dan diperkenalkan oleh pengadil peserta sebelum perlawanan melakukan langkah sembah terlebih dahulu. Langkah sembah boleh dipersembahkan berapa lama dan pengadil akan menunggu sehingga peserta selesai.

Sesudah langkah sembah, upacara menanggalkan lilitan kepala dilakukan.., ini dilakukan dengan sedikit jampi oleh pemimpin sesebuah persatuan tomoi.
Peserta Uganda lawan peserta Kelantan.., peserta Kelantan menang pada pusingan tak sampai dua minit.

Tiap malam daripada enam perlawanan biasanya hanya satu perlawanan yang berlanjutan hingga ke pusingan kelima dan ditentukan keputusan oleh pengadil. Perlawanan lain biasanya menang menerusi pukulan jatuh (K.O).

Perlawanan yang berlansung selama lima pusingan dan setiap pusingan selama tiga minit. Setiap hari selama tiga hari ada enam perlawanan.
Menang dengan bergaya.., untuk menjadi juara bukan perkara yang mudah., latihan seperti pelajar tomoi di Thailand yan mana perlu berlatih 8 jam sehari, enam hari seminggu.

Antara peserta yang dijangkakan akan memenangi perlawanan berdasarkan persembahan pada pusingan pertama. Silap langkah terus dipukul jatuh.

Biasanya mereka mempunyai rekod perlawanan yang banyak, ada yang pernah bertanding sebanyak 200 kali dan paling sedikit 10 perlawanan.
Antara yang kalah, kepala berdarah adalah perkara biasa dalam perlawanan tomoi. Senjata yang digunakan adalah siku dan lutut.

Ramai juga peserta daripada luar negara seperti Laos, Vietnam, Thailand, Uganda, Brazil, Sweden dan lain lagi. Peserta dari luar di bawah kendalian peserta musim pertama Contender Asia (Jabar).
Pemuzik adalah nadi kepada perlawanan tomoi.., kalau tak ada rasa tak ada ummph. Bayangkan selama tiga hari mengiringi perlawanan dari jam 8.30 hingga 12.30 malam.





No comments:

Post a Comment