Tuesday, April 13, 2010

Kuala Gandah 2

Kali kedua pergi dengan keluarga di Kuala Gandah.., dulu masa muda-muda ada juga pergi kat tempat ni.., pertama kali pergi semasa kursus kepimpinan kolej, tu masa sebelas tahun lepas.

Dulu tempat ni, tidak secantik sekarang.., dulu hanya ada gajah dan hutan sahaja.., orang pun tak berapa nak tahu sangat.., kalau naik gajah seorang seekor pun boleh tetapi sekarang orang dah ramai.., kena ambil kad.

Sekarang nak naik gajah kena beratur, dulu siap orang tawar nak naik gajah ker tidak.., kepada sesiapa yang berhajat nak naik gajah kena minta pelekat kuning.., kalau pergi berkumpulan sebahagian jer yang dapat naik lain-lain dapat pelekat merah yang boleh bagi gajah makan.
Ada sedikit acara pengenalan selepas bagi mandi gajah.., setiap gajah akan tunjukkan kemahiran yang mereka ada dengan arahan diberikan oleh jurulatih mereka. Memang bijak-bijak gajah ni..,

Selalunya acara bermula pada jam 2 petang setiap hari.., kalau sesiapa yang datang pagi boleh tengok gajah seperti dalam zoo. Di sini mereka merawat, melatih serta memelihara gajah. Masuk adalah percuma tetapi perlu mendaftar di kaunter pelawat.
Justify FullAcara terakhir kepada sesiapa yang mahu merasai pengalaman mandi-manda bersama gajah dialu-alukan tetapi kena bawa baju ganti.

Segalanya percuma.., kepada keluarga yang mahu berkelah juga sesuai kerana terdapat sungai berhampiran serta pondok-pondok kecil untuk berehat.

Hanya 15 minit dari tol Lancang..cuti-cuti Malaysia.

No comments:

Post a Comment