Tuesday, December 22, 2009

Kenduri kawin di Pasir Puteh





Saturday, December 19, 2009

Nikah Pak Cik










Thursday, December 17, 2009

Cucu2 Tok Ayah



RnR Gua Musang





Wakaf Che Yeh



Saturday, December 5, 2009

Kenduri khawin

Kenduri kawin adik kepada member merangkap syarikat punya customer.., kenduri menjemput menantu. Kebiasaannya kalau di Kelantan kenduri kawin sampai petang dan ada sesetengah tempat membawa ke malam. Memang letih la tuan rumah.

menu makanan dah tentulah gulai kawah, sayur dua jenis,ikan masin,sambal dan tentulah ada ayam.., dah nama pun tokey ayam kena la support our industry.., sedap tak ingat, budu tak ada.Tak penah jumpa la plak kenduri kawin orang sediakan budu.

pegantin lelaki dah tentulah anak tuan rumah.., sebab nama pun menjemput menantu. Rumah kenduri dekat dengan Panji jer.., dekat beno ler dengan bandar KB, lawannya pula orang Chucuh Puteri, Kuala Krai.


berbaju kemeja jalur tu lah abang kepada pengantin.., dua orang kat kanan adalah orang syarikat.., bila dah kenduri ramai lah kengkawan yang berkaitan ngan ayam datang.., masa ni lah nak cerita perkembangan semasa.., dah jadi macam mesyuarat tak rasmi la pulak.

kami yang kerja satu syarikat pun kekadang dalam sebulan berapa kali jer jumpa.., time kenduri ni lah boleh jumpa dan bertanya khabar.., maklumlah masing2 kekonon sibuk.., bila dah jumpa panjang la pulak cerita.., kekadang tak sedar masa berlalu dah dua tiga jam.

Selamat Pengantin Baru.


Kelas Mewarna 4 Dec

Aleeya

Zulaika

Friday, December 4, 2009

KB Mall I.T Fair 2009






Tarikh : 3-5 Dec 2009
Tempat : KB Mall Kota Bharu
Masa : 10 pagi - 10 malam

Pra Merisik

kunjungan hormat kepada rumah awek anak bujang ayahanda, yang dah nak sampai masa untuk mendirikan rumahtangga..,

ini sebenarnya, kunjungan balas daripada pihak perempuan yang telah datang selepas menunaikan solat sunat hari raya.., kitaorang gi lepas asar sebab antara rumah kami bukanlah jauh sangat sekitar 45 minit jer.

jejaka hensem kat depan yang berbaju oren itulah yang dah nak bertunang.


kitaorang datang cuma nak menetapkan tarikh bila nak merisik dan bertunang.., pihak perempuan kata bagi senang jer, merisik dan bertunang sekali gus, senang cerita.

tarikhnya 2 Jan 2010.

kitaorang yang tinggal jauh ni tak dapatlah balik.., sebab 3 jan 2010 anak sulong kitaorang dah start sekolah rendah.., maka segala urusan pertunangan akan diserahkan kepada orang2 kampung serta sedara-mara yang terdekat.

selepas balik beraya, singgah umah adik jap kat Bandar Jengka.., nak tengok umah baru dia. Maklumlah umah baru tak ada benda nak masak, jadi makan kat kedai lah jawabnya walaupun masih lagi raya.

nasib baik ada kedai yang buka, yang tak nasib baik nya ramai sangat orang yang nak makan kat kedai walaupun hari raya.., maka apa lagi terpaksa la menanti dengan penuh kesabaran walaupun budak2 dah mula tak keruan. nak tak nak kena juga la tunggu.., kalau tak lapo la plak.

Aidil Adha





Thursday, December 3, 2009

Pra Banjir Gelombang Ke3


Hujan sejak isnin malam selasa lagi, bermakna hampir 24 jam dah hujan turun tanpa henti.., sekejap renyai kejap lebat, kekadang berenti tak sampai 5 minit pas tu hujan balik.

beginilah pemandangan antara jalan Kubang Kerian dan Kota Bharu.., jalan telah digenangi air,manakala kedai di kiri kanan telah dinaiki oleh air.

Seperti biasa bila jalan dah dinaiki air, perkara yang paling penting ialah jem akan berlaku.

dari Kubang Kerian ke Kota Bharu bukannya jauh benor pun. kalu ikut standard biasa paling lama pun dalam 15 minit la kot, kalu malam dalam 5 minit jer.., disebabkan oleh banjir punya angkara makan masa 90 minit.

perrrgh..!!!!!
dengan letihdan lapornya perut tuhan saja yang tahu. ., dah lah sorang member tu tak sarapan langsung ingat boleh makan tengahari kat KB dalam kul 1 tapi dapat makan kul 3.., nasib baik dalam kereta ada asam dan sempat beli kueh pau dari jalan yang bertentangan.


jalan yang jem disebabkan oleh banjir kilat.., banjir akibat hujan lebat serta sistem peparitan yang kurang sempurna. Serta tidak lupa juga sumbangan lampu isyarat kat bandar.

sapa pakai 4x4 tu sengeh jelah.., sapa yang guna kereta kecik hanya mampu berdoa agar enjin kereta tak mati, kalau tidak air masuk dalam ekzos satu bala la pulak.

kat reban pun terkena banjir.., tapi takat belakang reban je, air tak masuk dalam reban.

Berakhirnya Tadika Mawaddah Aleeya

Ini lah semua kengkawan sekelas Aleeya selama setahun belajar di Tadika Mawaddah Paloh, Tumpat Kelantan. Setiap kelas ada dua orang cikgu yang mengajar.

Tadika ni ada enam cawangan sekitar Kota Bharu dan Tumpat. Kira antara tadika yang dikenali juga la di Kelantan ni.

Antara buku2 yang digunakan oleh pelajar tadika selama setahun belajar kat sini.., punya lah banyak buku ingatkan sikit saja.., sebab sebelum ni, buku yang ada kat Aleeya ada beberapa buah sahaja.

Buku yang ni semuanya cikgu simpan disekolah.., mungkin takut tertinggal kat rumah, maka bebudak pun tak dapat belajar dan berkongsi dengan murid lain.., bila berkongsi, maklumlah bebudak banyak mainlah.

keputusan peperiksaan akhir tahun Aleeya.., dapat tiga ketul 'C' dari mewarna, kraftangan dan tulisan.., nampak sangat tangan keras.

Jadilah dapat nombor 6 dari 21 orang.

sementara bahasa Arab pula cukup2 makan jer.., kitaorang pun tak tahu kat sekolah ada belajar bahasa Arab, mungkin tak ada jadual waktu yang kitaorang dapat kot.., lagipun tak pernah pun tanya cikgu apa yang diajar kat sekolah.

yelah kan.., anak sulong gi sekolah tadika..., ingatkan belajar cam sekolah tadika kat kampong jer. Kat kampong tadikanya banyak main ngan makan jer.

sijil dari pihak sekolah yang membuktikan Aleeya telah tamat belajar tadika.


Gaya seorang graduan yang agak mendung, tak tahu apa yang tak kena. Mungkin disebabkan oleh ketihan dan juga kelaparan yang amat sangat.

Dapat pingat, sijil dan hamper.., selain tu dapat jugalah hadiah cabutah bertuah.

Terima kasih Tadika Mawaddah.