Sunday, April 11, 2010

Mesyuarat PIBG

Pertama kali menghadiri mesyuarat PIBG.., tapi ramai ibu jer yang datang berbanding dengan kaum bapa walaupun di buat pada hari cuti hari jumaat. Rasanya dalam 75% daripada kehadiran adalah dari kaum ibu.

Mungkin disebabkan oleh nama persatuan itu sendiri yang meletakkan ibu di hadapan.., kemudian bapa dan seterusnya guru.

Acara bermula jam 9 pagi.., tapi mesyuarat jam 11 pagi sebab ada ucapan dan persembahan. Tetamu kehormat biasanya dari Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pembangunan Persekutuan. Semoga mudah untuk meminta peruntukan sekolah semasa ucapan daripada pihak sekolah dan pengerusi PIBG. Biasanya dapatlah sedikit peruntukan.

Adakah mereka akan memainkan lagu POTONG.


Antara pelajar yang mengambil bahagian, menunggu tetamu jemputan datang semoga terbuka hati menyalurkan lebih banyak peruntukan untuk sekolah pada tahun ini.

Mana-mana ibubapa yang dah ada pengalaman biasanya mereka datang jam 11 pagi kerana agenda utama baru nak bermula. Manakala yang tidak biasa awal lagi dah sampai dengan semangat yang berkobar-kobar.

Biasanya tak ramai yang mengambil bahagian kerana ada yang datang nak melihat persembahan dari anak mereka. Ada yang datang nak jumpa kawan-kawan sambil borak-borak kat bawah.

No comments:

Post a Comment