Saturday, October 31, 2009

Kunjungan Bob

Dah dua hari dia ada kat Kelantan.., malam mula-mula dia sampai dari butterworth, dia ajak makan kat Pasir Mas.., tempat sate yang glam kat sana.., tapi dah makan malam, malas la plak nak kluar.

Lagipun dia dah dengan Hakim keluar makan.., jadi tak lah dia makan sorang-sorang. Kalau dia sebatang kara mahu juga la teman dia.., sian la plak datang jauh-jauh makan sorang diri.

kenal dia ni dah lama.., sejak sama-sama kitaorang sekolah Maktab Adabi Pahang tahun 1996.., lepas tu jumpa plak kat UPM.., dipanjangkan kan lagi dengan bekerja dalam satu company yang sama.., cumanya lain cawangan sahaja.

Masa kat Adabi dulu kawan-kawan panggil dia Bobo.., mungkin badan besar kot.., masa kat UPM panggillan manja dia Bob jer.., lebih mesra gitu.


Dia datang Kelantan atas urusan kerja.., dia kerja bahagian jualan ayam daging. Dulu kat Melaka, baru tiga tahun pindah kat Butterworth.

Sekarang dah ada tiga orang anak.., semuanya hero.

No comments:

Post a Comment