Friday, October 30, 2009

Balik Kelate

lepas sarapan, Hakim amik kitaorang kat hotel.., kitaorang kena bertolak pagi-pagi lagi sebab tak mahu terlambat keluar.., bukannya apa kalau lambat nanti banyak pula la kija lain.

malam tadi kat Hotel Federal ada customer ajak teman, dia nak beli kereta baru kat PJ.., dia beli kereta macam nak beli baju jer.., kereta kat umah dia punya la banyak, tak habis nak guna.., dah hobi nak buat macam mana.

lagipun banyak lagi rombongan yang sedang dalam perjalanan ke KL.., kalau dah jauh dari KL, tak der lah kena jadi tourist guard.., nak kena bawa jalan-jalan lagi.., wah..!! penat weh.

sebelum balik ke KB, kami singgah dulu kat tempat jual pokok bunga sekitar Sg Buluh. Tujuannya nak mencari pokok anggur.., ni dah terkena penangan buah anggur yang makan kat umah Hakim tempohari dan tengok pokok anggur kat umah abg ipar dia.

punya la pueh mencari, sepanjang jalan Sg Buloh tu merata tempat dah pergi. Ada la plak tanya kat pekerja Indon kat situ diaorang tak tahu pokok anggur, tapi bila tanya pokok GRAPE tahu la plak.., tapi semuanya hampa belaka.

tapi nasib tetap menyebelahi kitaorang.., dalam keadaan yang hampir putus harapan, di kedai bunga yang terakhir. Malas nak keluar dari kereta dan menjengah jer kepala dari tingkap kereta dengan perasaan hampa serta kecewa menanya kepada mamat bangla terakhir.., 'pokok anggur ada..?'.. dia jawab 'ada'.., tu pun cuma sepokok.., jadilah dari tak ada.

singgah petronas Karak, isi perut kereta ngan perut kitaorang sekali.., malas nak banyak kaili berenti-renti. dah berenti banyak perkara buat terus, beli jajan, buang apa yang patut dan sebagainya.

drive gilir-gilir ngan Hakim. lepas makan diaorang terus terbongkang tido tak sedar diri.., sampai lepas pada Raub barulah bangun.., tak per tadi dia dah drive dari Shah Alam lagi.

perhentian berikutnya adalah RnR Gua Musang.., turun buang apa yang dah penuh serta sembahyang kat situ.

dah mula start hujan sikit-sikit kemudian semakin lebat. Mujur sekejap jer hujan, sebelum sampai Kuala Krai dah reda.


walaupun hujan dah reda ada la plak cabaran lain yang terpaksa ditempoh dengan sabar. Lori balak. punya la banyak tak ingat.., semua lori balak dari Trengganu. rasa-rasanya ada dekat 50 biji lori balak.

dah la jalan kecik nak potong tak boleh, tapi bila tiba kat kawasan yang boleh memotong, yang ada dua lorong banyak pulak lori yang nak memotong lori balak termasuk la lori balak yang lain.. cam hampeh.

tu yang melambatkan perjalanan, target sampai umah kul 6. bila sampai kat umah dah kul 7.30.

1 comment:

Liza @ Adzriel AB said...

memang mencabar kalau balik kelantan ye. selalu dengar dari kawan2. hati2.

Post a Comment