Friday, October 30, 2009

Bermalam Di Shah Alam


ingat nak bermalam di Hotel UiTM Shah Alam.., sebab customer (Rosli) kitaorang dulu study kat sini.., tu pun tahun awal 80an dulu.., masa tu kawasan ni hutan lagi.., dah lama dia tak datang sini, tu yang dia beriya nak tidor kat Shah Alam juga lebih-lebih lagi hotel Uitm.

tapi nasib tak menyebelahi kami, semua bilik dah penuh kerana kerana minggu ni minggu konvo UiTM. Maka terpaksa kami mencari hotel lain, tapi mengikut kata orang kat sini semua hotel sekitar Shah Alam penuh.., kalau semua hotel kat sini penuh tak kan nak patah balik KL kot.., atau pilihan lain hotel kat Klang.


Maka terpaksalah kami mencari-cari hotel sekitar Shah Alam dengan harapan adalah sebiji bilik untuk kami. Cari punya cari jumpa juga lah... Hotel Concorde.

pemandangan dari bilik hotel kitaorang.., boleh nampak Masjid Shah Alam. tak adalah sibuk sangat kat sini, kategori boleh duduklah.

dalam bilik untuk dua orang.., member sorang balik umah dia kat Meru. Malam tu tak ke mana-mana pun, sampai hotel pun dah kul 10.., lepak kat bawah je la tengok ada band buat show.., rasa boring naik atas tido.

Rosli tunggu perlawanan tumpuan kat TV1 tak ada la plak, yang ada perlawanan Trengganu lawan Negori.., sian dia sampai bengkak mata nahan ngantok.., last-last tak ada game Kelantan lawan Perlis.

ubat gigi tak bawa la plak.., minta la kat Rosli, dia pun bagi la jenama Rumalaya ni.., tanya dia betul ke ni ubat gigi, dia kata betul la.., dia pun dah lalok mengantuk dan tension tak ada game Kelantan.., masa tu dah kul 1.30 pagi.., ambil le sket ubuh kat berus gigi tapi rasa lain macam la plak.., dalam hati kata mungkin ubat gigi orang kaya kot.

pagi tu dia gosok gigi la plak, guna ubat gigi yang sama.., tetiba jer riuh bunyi kat dalam bilik air, sambil terjerit-jerit "PEDIH..PEDIH" sambil membuka pintu bilik air dan menyuruh membaca label kegunaan ubat gigi tersebut. punya la hampeh ubat gigi tu bukannya ubat gigi tapi ubat untuk sakit sengal, dan sakit otot untuk kegunaan luaran.

kwang..kwang..kwang.. punya la teruk tapi lawak la plak.., kitaorang ketawa bagai nak rak.

masa untuk check out.., lepas sarapan dalam kul 8, tapi Rosli tak dapat nak makan banyak sebab masih lagi terasa penangan ubat gigi pagi tadi.., pas tu dia rasa cam tak sedap perut dan mulut macam nak kebas jer.., mungkin banyak yang dia bubuh kot.

No comments:

Post a Comment