Saturday, October 31, 2009

Kunjungan Bob

Dah dua hari dia ada kat Kelantan.., malam mula-mula dia sampai dari butterworth, dia ajak makan kat Pasir Mas.., tempat sate yang glam kat sana.., tapi dah makan malam, malas la plak nak kluar.

Lagipun dia dah dengan Hakim keluar makan.., jadi tak lah dia makan sorang-sorang. Kalau dia sebatang kara mahu juga la teman dia.., sian la plak datang jauh-jauh makan sorang diri.

kenal dia ni dah lama.., sejak sama-sama kitaorang sekolah Maktab Adabi Pahang tahun 1996.., lepas tu jumpa plak kat UPM.., dipanjangkan kan lagi dengan bekerja dalam satu company yang sama.., cumanya lain cawangan sahaja.

Masa kat Adabi dulu kawan-kawan panggil dia Bobo.., mungkin badan besar kot.., masa kat UPM panggillan manja dia Bob jer.., lebih mesra gitu.


Dia datang Kelantan atas urusan kerja.., dia kerja bahagian jualan ayam daging. Dulu kat Melaka, baru tiga tahun pindah kat Butterworth.

Sekarang dah ada tiga orang anak.., semuanya hero.

Angel



Friday, October 30, 2009

Balik Kelate

lepas sarapan, Hakim amik kitaorang kat hotel.., kitaorang kena bertolak pagi-pagi lagi sebab tak mahu terlambat keluar.., bukannya apa kalau lambat nanti banyak pula la kija lain.

malam tadi kat Hotel Federal ada customer ajak teman, dia nak beli kereta baru kat PJ.., dia beli kereta macam nak beli baju jer.., kereta kat umah dia punya la banyak, tak habis nak guna.., dah hobi nak buat macam mana.

lagipun banyak lagi rombongan yang sedang dalam perjalanan ke KL.., kalau dah jauh dari KL, tak der lah kena jadi tourist guard.., nak kena bawa jalan-jalan lagi.., wah..!! penat weh.

sebelum balik ke KB, kami singgah dulu kat tempat jual pokok bunga sekitar Sg Buluh. Tujuannya nak mencari pokok anggur.., ni dah terkena penangan buah anggur yang makan kat umah Hakim tempohari dan tengok pokok anggur kat umah abg ipar dia.

punya la pueh mencari, sepanjang jalan Sg Buloh tu merata tempat dah pergi. Ada la plak tanya kat pekerja Indon kat situ diaorang tak tahu pokok anggur, tapi bila tanya pokok GRAPE tahu la plak.., tapi semuanya hampa belaka.

tapi nasib tetap menyebelahi kitaorang.., dalam keadaan yang hampir putus harapan, di kedai bunga yang terakhir. Malas nak keluar dari kereta dan menjengah jer kepala dari tingkap kereta dengan perasaan hampa serta kecewa menanya kepada mamat bangla terakhir.., 'pokok anggur ada..?'.. dia jawab 'ada'.., tu pun cuma sepokok.., jadilah dari tak ada.

singgah petronas Karak, isi perut kereta ngan perut kitaorang sekali.., malas nak banyak kaili berenti-renti. dah berenti banyak perkara buat terus, beli jajan, buang apa yang patut dan sebagainya.

drive gilir-gilir ngan Hakim. lepas makan diaorang terus terbongkang tido tak sedar diri.., sampai lepas pada Raub barulah bangun.., tak per tadi dia dah drive dari Shah Alam lagi.

perhentian berikutnya adalah RnR Gua Musang.., turun buang apa yang dah penuh serta sembahyang kat situ.

dah mula start hujan sikit-sikit kemudian semakin lebat. Mujur sekejap jer hujan, sebelum sampai Kuala Krai dah reda.


walaupun hujan dah reda ada la plak cabaran lain yang terpaksa ditempoh dengan sabar. Lori balak. punya la banyak tak ingat.., semua lori balak dari Trengganu. rasa-rasanya ada dekat 50 biji lori balak.

dah la jalan kecik nak potong tak boleh, tapi bila tiba kat kawasan yang boleh memotong, yang ada dua lorong banyak pulak lori yang nak memotong lori balak termasuk la lori balak yang lain.. cam hampeh.

tu yang melambatkan perjalanan, target sampai umah kul 6. bila sampai kat umah dah kul 7.30.

Bermalam Di Shah Alam


ingat nak bermalam di Hotel UiTM Shah Alam.., sebab customer (Rosli) kitaorang dulu study kat sini.., tu pun tahun awal 80an dulu.., masa tu kawasan ni hutan lagi.., dah lama dia tak datang sini, tu yang dia beriya nak tidor kat Shah Alam juga lebih-lebih lagi hotel Uitm.

tapi nasib tak menyebelahi kami, semua bilik dah penuh kerana kerana minggu ni minggu konvo UiTM. Maka terpaksa kami mencari hotel lain, tapi mengikut kata orang kat sini semua hotel sekitar Shah Alam penuh.., kalau semua hotel kat sini penuh tak kan nak patah balik KL kot.., atau pilihan lain hotel kat Klang.


Maka terpaksalah kami mencari-cari hotel sekitar Shah Alam dengan harapan adalah sebiji bilik untuk kami. Cari punya cari jumpa juga lah... Hotel Concorde.

pemandangan dari bilik hotel kitaorang.., boleh nampak Masjid Shah Alam. tak adalah sibuk sangat kat sini, kategori boleh duduklah.

dalam bilik untuk dua orang.., member sorang balik umah dia kat Meru. Malam tu tak ke mana-mana pun, sampai hotel pun dah kul 10.., lepak kat bawah je la tengok ada band buat show.., rasa boring naik atas tido.

Rosli tunggu perlawanan tumpuan kat TV1 tak ada la plak, yang ada perlawanan Trengganu lawan Negori.., sian dia sampai bengkak mata nahan ngantok.., last-last tak ada game Kelantan lawan Perlis.

ubat gigi tak bawa la plak.., minta la kat Rosli, dia pun bagi la jenama Rumalaya ni.., tanya dia betul ke ni ubat gigi, dia kata betul la.., dia pun dah lalok mengantuk dan tension tak ada game Kelantan.., masa tu dah kul 1.30 pagi.., ambil le sket ubuh kat berus gigi tapi rasa lain macam la plak.., dalam hati kata mungkin ubat gigi orang kaya kot.

pagi tu dia gosok gigi la plak, guna ubat gigi yang sama.., tetiba jer riuh bunyi kat dalam bilik air, sambil terjerit-jerit "PEDIH..PEDIH" sambil membuka pintu bilik air dan menyuruh membaca label kegunaan ubat gigi tersebut. punya la hampeh ubat gigi tu bukannya ubat gigi tapi ubat untuk sakit sengal, dan sakit otot untuk kegunaan luaran.

kwang..kwang..kwang.. punya la teruk tapi lawak la plak.., kitaorang ketawa bagai nak rak.

masa untuk check out.., lepas sarapan dalam kul 8, tapi Rosli tak dapat nak makan banyak sebab masih lagi terasa penangan ubat gigi pagi tadi.., pas tu dia rasa cam tak sedap perut dan mulut macam nak kebas jer.., mungkin banyak yang dia bubuh kot.

Thursday, October 29, 2009

Pusing KL

lepas maghrib kitaorang keluar dari Suria..,
tempet yang di tuju Plaza Low Yatt..,
ada customer nak beli handset.

jadi macam biasa ikut je la..,
walaupun badan rasa dah letih..,
kaki pun dah malas nak berjalan.

menandakan dah jauh dari KLCC..,
waktu ni jalan masih lagi sesak..,

nasib baik tak kija kat KL..,
kalau tidak tua atas jalan je la.

pusing kat sini balik..,
dah sure tak jumpa jalan..,
leceh la plak.

mengambil kesempatan untuk berposing..,
kerana kitaorang parking jauh..,
parking kat wisma Cosway..,
menapak ke Low Yatt.

apa la punya nasib..,
pueh juga la tanya orang.

kat Low Yatt, customer beli handset sebiji..,
keluar dari situ singgah Hotel Federal..,
jumpa customer lain plak..,
borak-borak dan bincang-bincang.

penatnya la badan..,
kalau macam ni la kija hari-hari..,
mahu krem kakiku.

ingat nak check in kat Hotel Federal jer..,
customer la plak tak nak..,
dia nak tido Shah Alam..,
alamak...!!
kena la plak ke Shah Alam.


Sepetang Di Suria KLCC

keluar dari pameran..,
apa lagi ronda-ronda la dalam Suria..,
bukan selalu pergi sini..,
kalau tak ada kija memang tak pergi la jawabnya..,
minum-minum dulu sambil makan sket-sket.

boleh kata semua kedai kitaorang masuk..,
tak kira kedai jual apa semua masuk..,
sebab bawa customer yang datang dari jauh..,
makanya kami ni jadi pemandu pelancong la..,

customer kitaorang pasal duit memang tak kira..,
janji dia berkenan harga belakang kira.

kedai barang mainan mesti pergi..,
sebab semua orang nak bawa balik kenangan..,
ya la kan datang KL tak kan balik kosong..,

walaupun mainan tu ada jual kat mana-mana..,
tapi beli kat mana tu yang penting.

ada pertunjukkan ballet..,
yang ni sesi raptai jer..,
kul 7 baru yang betul punya.

habis lenguh-lenguh kaki..,
mana taknya masuk semua kedai.



Livestock Asia 2009


Pameran barangan ternakan dan sejuk beku..,
diadakan pada 27-29 Okt 2009..,
pameran yang diadakan setiap dua tahun sekali..,
setiap orang yang datang perlu mendaftarkan diri dahulu.

setiap orang perlu mengisi borang..,
kepada yang first time datang leceh la sket..,
kena que panjang tak ingat.

mana yang dah pernah datang,
diaorang hantar kad jemputan serta boleh daftar dalam talian,
yang dah tentu ada kaunter khas.

setiap pendaftran akan dapat bag, tag nama dan pen..,
tahun ni macam kurang bajet jer..,
kalau yang lepas-lepas sket punya mewah.

booth syarikat tempat kitaorang kija..,
syarikat C.P Group..,

antara barang yang dipamerkan ialah contoh dedak haiwan
seperti ayam,lembu,ikan,kambing dll.

barangan sejuk beku jenama 5 star.

barangan yang sentiasa dimasak..,
tak menang tangan dan tak sempat nak letak..,
maklumlah ada juga yang datang untuk makan-makan..,
sebab kat sini banyak syarikat yang promote barang makanan..,
makan dan minum memang tak payah risau.

bos kitaorang..,
kanan Mr Attaphol Senior Vice Presiden..,
tengah Mr Anusorn Ass Vice Presiden..,
kiri prospek kitaorang Mr Liau

perbincangan sedang dilakukan..,
untuk mereka yang berminat untuk membuat reban..,
semua mereka nak buat di Kelantan..,
di Gua Musang dan Jeli.

kawasan pameran yang menempatkan syarikat..,
syarikat yang datang dari dalam dan luar negeri.

orang dah mula penuh menjelang tengahari..,
nak berjalan pun payah..,
apath lagi nak bertanya itu dan ini kepada petugas.

booth anak syarikat C.P Group..,
Kasetphand Industry Co Ltd..,
yang membuat barangan keperluan ternakan..,
terutamanya reban ayam tertutup.
perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Pertanian
Dato Johari Baharum.

Tuesday, October 27, 2009

Meru Ke KLCC

Suasana kampung lagi umah member ni..,
tapi keluar jer dari kawasan ni dah penuh sesak ngan bangunan.

menandakan betapa paginya kami sampai,
boleh kata tak ada kereta pun..,
kena amik gambar kereta dan tiang..,
takut tak ingat kat mana parking..,

nak parking kat luar memang dah penuh..,
puas pusing-pusing ada dalam empat kali tawaf KLCC..,
kat luar rate murah sikit dalam RM8 sehari..,
kat dalam ni, ari tu parking saja dalam RM25..,
berpinar jap mata tegok mesin bayaran tu..,
walaupun boleh claim tapi rasa bersalah jer.

amik gambar semua tempat yang rasa patut..,
padahal tiga orang dah satu kereta..,
dari convention centre nak ke tempat parking,
boleh tak jumpa juga jalan nak ke parking..,
ada la tu yang mulut celupar.

dari KLCC ke convention centre.

pintu masuk pameran..,
kena test suhu dan spray tangan..,
setiap kali jumpa pintu kena cuci tangan..,
bersinar tangan ari ni.

Sepagi Di Meru

Malm tadi tido kat sini.., payah betul mata nak tido..,
puas pusing kanan pusing kiri.., mata tak juga nak terlelap..,
tido rasanya sekejap-sekejap jer..,
mungkin pindah tempat tido kot.., sedar-sedar dah subuh..,
lepas siap segala bersiap la nak ke KLCC.

dua orang ni la yang datang sekali dari Kelantan..,
yang kiri tu tokey ayam kat Pasir Mas..,
kitaorang naik keta dia la, tapi kitaorang gilir2 drive..,
keta jer dia punya, minyak,tol ,makan semua company..,
kanan tu company punya orang, Hakim namanya..,
umah dia la kitaorang tidor..,
tokey ayam tu customer dia.

mak kepada tuan rumah..,
kira dah lama dah kenal, sejak zaman belajar lagi..,
rasanya dah masuk 12 tahun kiranya..,
pagi ni sarapan bihun dan karipap...sedap..,
sebelah tu cucu dia yang kedua.., rupa macam cina sket..,
parent dia kawin mix.
yang ni adik kepada Hakim..,
anak keempat daripada lima adik beradik..,
balik umah dua minggu sekali, kija kat hulu langat..,
masa mula-mula jumpa dulu, dia ni sekolah darjah enam lagi..,
skang dah nak kawin.

sebelum ke KLCC singgah kat umah abang ipar Hakim jap..,
masa sarapan ada buah anggur kecik-kecik atas meja..,
mak dia kata, abang ipar dia tanam..,
jadi semua berminat nak tanam anggur plak..,
kebetulan abang ipar dia MC sakit mata..,
sempat la memetik buah anggur kat umah dia.

Monday, October 26, 2009

Menuju KL

Bertolak dari Kota Bharu dalam jam 1 tengahari..,
tujuan utama ke KLCC esok harinya..,
kerana ada pameran,
baraang-barang ternakan LIVESTOCK ASIA 2009.

pergi dengan kereta customer dedak kitaorang..,
satu kereta tiga orang,
dua orang wakil company seorang customer dedak..,
dalam perjalanan ke KL singgah sebentar di Gua Musang,
menemui seorang lagi customer dedak dan anak ayam company..,

cadang nak pergi sekali dengan dia..,
tetapi memandangkan kami sampai kat umah dia jam 5,
dia membatalkan hasratnya,
kerana masalah teknikal(lampu) pada keretanya..,
lampu kereta tak boleh dinyalakan,
masalahnya nak jalan malam..,
maka terpaksalah dia bertolak pagi esok.

makan malam kat Raub,
tempat yang dicadangkan oleh kawan..,
memang sedap..,
restoren punya la simple..,
umah kayu je..,
menu ikan patin masak stim..,
sup tiongha..,sayur four season.., sambal punya la kaw.

papan tanda iklan restoran..,
yang menunya dan masakannya perrgh..,
memang sesiapa yang datang Raub kena singgahlah.

pemandangan luar restoran..,
ala-ala kampung gitu..,
bertolak dari Raub jam 8.30 mlm.

akhirnya dalam jam 11 malam.., sampai tempat dituju..,
malam ni kami bermalam kat rumah member di Meru..,
memang selalu kalu gi KL ngan dia tido umah mak dia jer.