Thursday, December 3, 2009

Pra Banjir Gelombang Ke3


Hujan sejak isnin malam selasa lagi, bermakna hampir 24 jam dah hujan turun tanpa henti.., sekejap renyai kejap lebat, kekadang berenti tak sampai 5 minit pas tu hujan balik.

beginilah pemandangan antara jalan Kubang Kerian dan Kota Bharu.., jalan telah digenangi air,manakala kedai di kiri kanan telah dinaiki oleh air.

Seperti biasa bila jalan dah dinaiki air, perkara yang paling penting ialah jem akan berlaku.

dari Kubang Kerian ke Kota Bharu bukannya jauh benor pun. kalu ikut standard biasa paling lama pun dalam 15 minit la kot, kalu malam dalam 5 minit jer.., disebabkan oleh banjir punya angkara makan masa 90 minit.

perrrgh..!!!!!
dengan letihdan lapornya perut tuhan saja yang tahu. ., dah lah sorang member tu tak sarapan langsung ingat boleh makan tengahari kat KB dalam kul 1 tapi dapat makan kul 3.., nasib baik dalam kereta ada asam dan sempat beli kueh pau dari jalan yang bertentangan.


jalan yang jem disebabkan oleh banjir kilat.., banjir akibat hujan lebat serta sistem peparitan yang kurang sempurna. Serta tidak lupa juga sumbangan lampu isyarat kat bandar.

sapa pakai 4x4 tu sengeh jelah.., sapa yang guna kereta kecik hanya mampu berdoa agar enjin kereta tak mati, kalau tidak air masuk dalam ekzos satu bala la pulak.

kat reban pun terkena banjir.., tapi takat belakang reban je, air tak masuk dalam reban.

No comments:

Post a Comment