Thursday, December 3, 2009

Berakhirnya Tadika Mawaddah Aleeya

Ini lah semua kengkawan sekelas Aleeya selama setahun belajar di Tadika Mawaddah Paloh, Tumpat Kelantan. Setiap kelas ada dua orang cikgu yang mengajar.

Tadika ni ada enam cawangan sekitar Kota Bharu dan Tumpat. Kira antara tadika yang dikenali juga la di Kelantan ni.

Antara buku2 yang digunakan oleh pelajar tadika selama setahun belajar kat sini.., punya lah banyak buku ingatkan sikit saja.., sebab sebelum ni, buku yang ada kat Aleeya ada beberapa buah sahaja.

Buku yang ni semuanya cikgu simpan disekolah.., mungkin takut tertinggal kat rumah, maka bebudak pun tak dapat belajar dan berkongsi dengan murid lain.., bila berkongsi, maklumlah bebudak banyak mainlah.

keputusan peperiksaan akhir tahun Aleeya.., dapat tiga ketul 'C' dari mewarna, kraftangan dan tulisan.., nampak sangat tangan keras.

Jadilah dapat nombor 6 dari 21 orang.

sementara bahasa Arab pula cukup2 makan jer.., kitaorang pun tak tahu kat sekolah ada belajar bahasa Arab, mungkin tak ada jadual waktu yang kitaorang dapat kot.., lagipun tak pernah pun tanya cikgu apa yang diajar kat sekolah.

yelah kan.., anak sulong gi sekolah tadika..., ingatkan belajar cam sekolah tadika kat kampong jer. Kat kampong tadikanya banyak main ngan makan jer.

sijil dari pihak sekolah yang membuktikan Aleeya telah tamat belajar tadika.


Gaya seorang graduan yang agak mendung, tak tahu apa yang tak kena. Mungkin disebabkan oleh ketihan dan juga kelaparan yang amat sangat.

Dapat pingat, sijil dan hamper.., selain tu dapat jugalah hadiah cabutah bertuah.

Terima kasih Tadika Mawaddah.

No comments:

Post a Comment