Sunday, November 15, 2009
Loy Kratong
dah menjadi rutin tiap kali tiba perayaan Loy Kratong, kami sekeluarga akan pergi untuk memeriahkan suasana serta meramaikan lagi untuk menyesakan lagi keadaan.
nak mencari parking tak susah, walaupun orang ramai.., sebab ofis kitaorang ada kat sekitar situ jer.., biasanya parking kereta kat rumah farmer kitaorang jer yang berhampiran dengan wat tersebut.
perayaan kat wat sini memang yang terbesar serta yang paling meriah sebab di sini ialah wat yang paling besar kat Kelantan. Orang siam dari segala pelusok tanahair pun akan datang untuk merayakan perayaan ini di sini.
perayaan selalunya dibuat selama tiga hari berturut-turut.., serta mendapat peruntukan kewangan daripada jabatan kerajaan dan konsulat Thai di Kelantan. berbagai bentuk kebudayaan masyarakat siam tempatan dapat dilihat antaranya tarian, gendang gedombak panjang, nyanyian, permainan dsbnya.
selain itu, ada juga cabutan bertuah kepada sesiapa yang menyumbang kepada duit tabung atau TAMBUN sebanyak RM2 sekeping. Antara hadiah termasuk dapat makan di restoran terkenal seramai 10 orang, tv, peti ais, ketuhar dan banyak lagi.
hari kedua perayaan, orang paling ramai sebab ada perasmian daripada wakil menteri dan upacara menhanyutkan bunga teratai buatan ke sungai berdekatan.
selain dalam wat untuk orang berniaga, disekitar sungai juga ramai orang berniaga. kebanyakkan orang menjual minuman,makanan,pakaian, pokok belon dan lain-lain lagi.
antara kumpulan gendang gedombak panjang masyarakat siam.., ada dua kumpulan yang bergabung menjadi satu pada malam tersebut. Mereka adalah dari kampung siam yang berdekatan.
kumpulan gendang biasanya menjadi 'kepala' dalam perjalanan menhanyutkan teratai.., selepas mentera dibaca oleh pihak sami maka akan bergendanglah kumpulan ini memimpin jalan. Kemudian akan diikutu oleh kereta berhias dan orang ramai ke sungai.
Perjalanan ke sungai lebih kurang satu kilometer dari wat.., kebiasaan golongan muda yang ramai sebab diaorang ke sungai waktu dah menunjukkan jam 11 malam dan habis sekitar 1 pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment