Sunday, November 15, 2009

Pernikahan Masyarakat Siam
















upacara akad nikad sedang dijalankan oleh seorang yang sangat berpengaruh dalam masyarakat siam di Tumpat. Dalam masyarakat siam dia di gelar PUYAI, kalau melayu lebih kurang macam penghulu.

majlis pernikahan ini adalah adik kepada supervisor kitaorang. ni macam kawin campurlah.., yang mana pengantin perempuan orang sian manakala pengantin lelaki dari Sarawak dari suku Iban.kedua2nya dari tempat kerja yang sama. Mereka bekerja sebagai penari di Istana Budaya.
















antara barang hantaran yang terdapat semasa majlis tersebut.., mengikut abang pihak pengantin perempuan wang hantaran tidak ditetapkan hanya mengikut berapa pihak lelaki bagi sahaja.
















kedua mempelai sedang kusyuk mendengar nasihat daripada puyai.., upacara dimulakan sekitar jam 10 pagi selepas pihak lelaki tiba yang disambut dengan paluan gendang gedombak panjang.

makan untuk para tetamu juga sekitar jam 10 pagi.., biasanya mereka menyediakan makanan untuk semua orang boleh makan kerana jemputan tidak hanya masyarakat siam sahaja tetapi juga orang melayu dan cina.
antara menu yang ada ayam,ikan,udang,sayur.
















antara kaum keluarga dan jiran terdekat pasangan yang menyaksikan keduanya disahkan sebagai suami dan isteri. semoga kekal ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment