ingat nak bermalam di Hotel UiTM Shah Alam.., sebab customer (Rosli) kitaorang dulu study kat sini.., tu pun tahun awal 80an dulu.., masa tu kawasan ni hutan lagi.., dah lama dia tak datang sini, tu yang dia beriya nak tidor kat Shah Alam juga lebih-lebih lagi hotel Uitm.
tapi nasib tak menyebelahi kami, semua bilik dah penuh kerana kerana minggu ni minggu konvo UiTM. Maka terpaksa kami mencari hotel lain, tapi mengikut kata orang kat sini semua hotel sekitar Shah Alam penuh.., kalau semua hotel kat sini penuh tak kan nak patah balik KL kot.., atau pilihan lain hotel kat Klang.
pemandangan dari bilik hotel kitaorang.., boleh nampak Masjid Shah Alam. tak adalah sibuk sangat kat sini, kategori boleh duduklah.
Rosli tunggu perlawanan tumpuan kat TV1 tak ada la plak, yang ada perlawanan Trengganu lawan Negori.., sian dia sampai bengkak mata nahan ngantok.., last-last tak ada game Kelantan lawan Perlis.
pagi tu dia gosok gigi la plak, guna ubat gigi yang sama.., tetiba jer riuh bunyi kat dalam bilik air, sambil terjerit-jerit "PEDIH..PEDIH" sambil membuka pintu bilik air dan menyuruh membaca label kegunaan ubat gigi tersebut. punya la hampeh ubat gigi tu bukannya ubat gigi tapi ubat untuk sakit sengal, dan sakit otot untuk kegunaan luaran.
kwang..kwang..kwang.. punya la teruk tapi lawak la plak.., kitaorang ketawa bagai nak rak.
No comments:
Post a Comment